Close

Edisi terhad Nothing Phone (1) mula dilelong di StockX hari ini

Projek telefon pintar baharu dari Carl Pei iaitu Nothing Phone (1) telahpun diumumkan secara rasmi pada satu acara di Ar Basel. Melalui acara tersebut, Nothing mendedahkan terdapat 100 unit edisi terhad dihasilkan dan akan dilelong melalui StockX.

Acara lelongan edisi terhad Nothing Phone (1) telahpun bermula hari ini dan akan berakhir 48 jam kemudian. Apa yang menarik mengenai Nothing Phone (1) edisi terhad ini adalah terdapatnya ukiran nombor siri iaitu 1 sehingga 100 di bahagian sisi sebelah kanan.

Permulaan lelongan Nothing Phone (1) dilihat rendah dengan bidaan pertama bermula dengan $156 (RM668) dan sewaktu artikel ini ditulis, bidaan telah pun meningkat kepada $2,679 (RM11,790). Jika anda berminat untuk membuat bidaan, boleh klik di sini. 

Nothing telah pun menjadualkan acara pelancaran bagi Phone (1) pada 12 Julai ini. Buat ketika ini, tidak banyak perkara yang boleh dikongsi melainkan rekaannya. Dari segi spesifikasi tiada sebarang maklumat yang didedahkan oleh Nothing. 


Antara perkara lain yang boleh dikongsi mengenai Phone (1) ia akan dibina dengan 100% bingkai dari aluminium kitar semula dan 50% plastik mesra alam. Kami harapkan akan lebih banyak maklumat akan didedahkan menjelang hari pelancarannya tidak lama lagi.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN