Close

Harga jualan bagi Nothing Phone (1) mungkin bermula dari RM1,760 dan tampil dalam tiga konfigurasi

Nothing telah pun mengumumkan tarikh pelancaran bagi telefon pertama mereka iaitu pada 12 Julai ini. Ia dijangka sebuah peranti kelas pertengahan dengan cip Snapdragon 778G+ dan berdasarkan maklumat terbaru ia mungkin dijual pada harga bermula RM1,760 ($400) untuk versi 8GB/128GB.


Nothing Phone (1) di jangka akan hadir dalam tiga konfigurasi iaitu 8GB/128GB, 8GB/256GB dan konfigurasi paling tinggi adalah 12GB/256GB. Dari segi harga jualan, bagi versi 8GB/256GB ia akan dijual pada harga RM1,848 ($420) manakala versi 12GB/256GB dijual pada harga RM1,980 ($450).

Sumber: RootmyGalaxy.net

Selain itu, Nothing Phone (1) mungkin akan ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Hitam dan Putih seperti mana warna yang ditawarkan pada Ear (1). Terdapat laporan lain mengatakan yang Phone (1) mungkin akan dijual tanpa pengecasan didalam kotak.


Buat masa ini, maklumat mengenai spesifikasi Phone (1) adalah sangat terhad. Antara spesifikasi yang hampir pasti adalah seperti pengecasan pantas 45W, pengecasan tanpa wayar, rekaan panel belakang lut sinar, dua tetapan kamera belakang dan bateri sebesar 4500mAh.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN