Close

Honor Magic4 Pro kini rasmi – Snapdragon 8 Gen 1, skrin OLED LTPO 120Hz dan dwi-pengecasan pantas 100W dengan harga RM3,999


Honor hari ini secara rasmi melancarkan peranti premium baharu mereka iaitu Honor Magic 4 Pro untuk pasaran Malaysia. Siri Magic 4 Pro ini tampil dengan reka bentuk yang premium dan juga sejumlah spesifikasi yang terkini.

Bercakap mengenai spesifikasi, Honor Magic 4 Pro dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 1, dipadan dengan RAM 8GB LPDDR4 dan storan dalam 256GB UFS 3.1. Untuk paparan, ia hadir dengan skrin LTPO lengkung OLED bersaiz 6.81 dengan paparan 120Hz. Menyokong kandung HDR10+ dan pengiktirafan IMAX ENHANCED. Honor juga menyatakan yang Magic 4 Pro adalah peranti pertama di dunian dengan dimming PWM 1920Hz.

Dari segi fotografi, Honor membawakan konsep Ultra Fusion Photography dengan membawakan empat tetapan kamera belakang dengan rekaan bulat. Kamera utama hadir dengan 50 MP + 50 MP ultra sudut lebar + 64 MP telefoto dansensor TOF 3D. Dari segi rakaman video, Magic 4 Pro mampu merakam video pada resolusi 4K pada 30fps dan turut hadir dengan fungsi menarik seperti Cinematic 3D Look Up Table dan Magic Long.

Untuk kapasiti bateri, Magic 4 Pro dimuatkan dengan bateri sebesar 4800mAh yang turut menyokong pengecasan pantas Honor Supercharge 100W berwayar dan tanpa wayar. Melaluinya, ia mampu mengecas dari 0% ke 100% hanya dalam 30 minit sahaja.


Seiring dengan pelancaran, Honor turut membuka pra tempahan yang bermula dari 1 Jun sehingga 10 Jun. Setiap pra tempahan pengguna akan mendapat Honor Watch GS 3, lanjutan waranti tambahan setahun yang menjadikan ia dua tahun warranti keseluruhan dan juga perlindungan keretakan skrin. Untuk harga jualan, Magic 4 Pro dijual pada tanda harga RM3,999 dengan tiga pilihan warna iaitu Cyan, Gold dan Black.

ARTIKEL BERKAITAN