Close

Imej rasmi Nothing Phone (1) dalam warna hitam diperlihatkan

Nothing telah pun menjadualkan hari pelancaran bagi Phone (1) iaitu pada 12 Julai ini. Setakat ini kita hanya diperlihatkan Nothing Phone (1) dalam warna Putih sahaja. Berdasarkan dari beberapa maklumat, Nothing akan menawarkan Phone (1) dalam dua warna iaitu Putih dan Hitam.

Terkini, telah tertirisnya beberapa imej rasmi Phone (1) dalam warna hitam. Membawakan rekaan yang sama seperti Phone (1) dalam warna putih yang turut dilengkapi dengan Glyph Interface pada panel belakang yang terdiri daripada lebih 900 lampu LED kecil.


Sumber : RootmyGalaxy.net

Melalui imej rasmi yang dikongsi, perbezaan ketara dapat dilihat pada Glyph Interface yang mana pada versi warna Hitam ia lebih menyerlah berbanding pada versi warna Putih. Selain itu, pada bahagian bingkai ia menggunakan warna yang lebih gelap berbanding pada warna Putih. Dengan hari pelancaran yang semakin hampir, akan lebih banyak maklumat akan didedahkan oleh Nothing mengenai Phone (1) kelak.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN