Close

iOS 16 kini rasmi – Memfokuskan pada ciri Lock Screen baharu dan naiktaraf aplikasi sedia ada

Acara WWDC dimulakan dengan pengumuman iOS baharu iaitu iOS 16, membawakan sejumlah ciri baharu namun pada kali ini ia lebih terarah kepada keupayaan untuk mengubah Lock screen mengikut cita rasa pengguna.

Dengan pengumuman itu, ia merupakan kemas kini terbesar yang pernah di buat oleh Apple pada bahagian lock screen. Melaluinya pengguna boleh mengubah banyak perkara seperti menetapkan pilihan wallpaper yang sekaligus membolehkan ia menyesuaikan pilihan pada bahagian tarikh dan masa dilihat. Selain itu, terdapat beberapa elemen yang boleh diubah secara mendalam seperti pemilihan fon, warna dan juga penambahan widget pada lock screen. 


Terdapat perubahan ketara pada bahagian notifikasi, yang mana kini ia berada di bahagian bawah skrin bagi membolehkan pengguna melihat wallpaper secara penuh. Pada iOS 16 juga pengguna kini boleh melihat aktitivi tanpa perlu membuka aplikasi melalui lock screen.

Selain dari ciri lock screen baharu, Apple turut membawakan beberapa ciri baharu pada iOS 16 seperti mod Focus, Undo Send (Messages), Live Text, Share Play, Apple Pay Later, Car Play, iCloud Shared dan banyak lagi. Mod Focus kini di sepadukan bersama lock screen sekaligus boleh memilih mod focus terus dari lock screen. Mod focus juga ini turut disepadukan pada tab safari dan pemilihan wallpaper juga kini boleh menentukan mod focus.

Pada bahagian messages pula ia tampil dengan tiga kemas kini baharu, kini pengguna boleh mengedit mesej, menyahhantar mesej (Undo Send) , dan menanda perbualan selepas dibaca. Ciri Live Text kini membolehkan anda menyalin teks pada foto dan turut menyokong pada Video juga. Untuk Share Play kini ia diintegrasikan pada Messages memudahkan pengguna berkongsi apa yang sedang ditonton oleh mereka.

Sementara ciri Apple Pay Later kini membenarkan pembelian dibahagikan kepada empat pembayaran yang sama selama sehingga enam minggu. Melalui iCloud Shared, kini ia boleh mencipta Photo Library dan boleh dikongsi sehingga enam dan berkongsi foto di dalamnya. Car Play kini hadir dengan lebih banyak fungsi yang memaparkan lebih banyak ciri dan maklumat pemanduan dan sebagainya.

Terdapat beberapa lagi ciri yang dibawakan oleh Apple pada iOS 16. Ketika ini, iOS 16 telah pun ditawarkan pada pembangun sebagai iOS 16 Developer manakala untuk versi Beta Public pula akan hadir pada bulan hadapan. Sementara versi Stabil akan tiba pada September sejurus pelancaran iPhone 14.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN