Close

Kementerian Pengangkutan keluarkan Larangan serta merta bagi tiga jenis kenderaan mikromobiliti

 


Kementerian Pengangkutan hari ini mengeluarkan larangan serta merta bagi tiga jenis kenderaaan mikromobiliti. Tiga jenis mikromobiliti ini termasuklah moped, Personal Mobiliti Devices (PMD) iaitu skuter berkuasa elektrik, kuasa enjin pembakaran dalaman atau pun kuasa manusia yang mempunyai kelajuan maksimum 50 kilometer sejam serta Personal Mobiliti Aids (PMA).


Larangan itu dibuat adalah berdasarkan dari perwartaan Kaedah Kaedah Lalu Lintas (Larangan Penggunaan Mikromobiliti Tertentu) 2021 (Kaedah) yang sudah berkuat kuasa pada 17 Disember lalu. Untuk penggunaan basikal, walaupun tidak dilarang namun ia mematuhi semua peraturan yang telah di tetapkan dibawah Akta Pengangkutan jalan 1987.

Penggunaan kenderaan mikromobiliti dengan aliran trafik bersama kenderaan lain di jalan raya akan menimbulkan kemungkinan berlakunya tragedi sama seperti mana tragedi basikal lajak yang meragut nyawa kanak-kanak.

Berikutan dari perlaksanaan itu, mana-mana individu yang menggunakan kenderaan berkenaan di atas jalan raya boleh dikenakan kompaun sehingga RM300 seperti diperuntukkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).Walaupun kompuan yang dikenakan hanya RM300, tetapi Akta Pengangkutan boleh digunakan sepenuhnya sekiranya ia melibatkan kemalangan.

Walaubagaimanapun, basikal dengan bantuan elektrik atau basikal elektrik MS2514: Electric Bicycles (Electric Pedal Assisted Basikal) dibenarkan digunakan di atas jalan raya namun perlu memenuhi standard spesifikasi Malaysia. 

ARTIKEL BERKAITAN