Mazda Malaysia telahpun mengumumkan kereta elektrik terbaru mereka buat pasaran Malaysia, iaitu Mazda MX-30 EV dengan 2 pilihan varian, MX-30 Mid atau MX-30 High yang diimport sepenuhnya dari Jepun (CBU). Perbezaan antara kedua-dua varian ini sudah tentu pada spesifikasi dan juga ciri lain.
Mazda MX-30 EV adalah sebuah kereta elektrik crossover yang dilihat menggunakan rekaan seperti CX3 dan CX30, tapi lebih nampak unik dengan reka bentuk lampu depan yang mempunyai lampu siang (DRL) dan lampu belakang yang masih dengan konsep rekaan Mazda, namun lebih menyerlah.
Terdapat dua tona warna pada bahagian bumbung dan badan, rim bersaiz 18-inci, paparan skrin instumen dan skrin kawalan dalam bersaiz 7-inci jenis TFT LCD dan menyokong Apple CarPlay.
Selain itu, ia turut dibekalkan dengan bateri 35.5 kWh yang membolehkan MX-30 EV bergerak dengan jarak sekitar 199 km sahaja jika bateri dicas penuh.
Harga rasmi di Malaysia RM198,780 untuk varian MX-30 High dengan 5 pilihan warna. Namun pihak Mazda masih belum umumkan harga buat varian Mid. Ia juga turut hadir dengan 5-tahun waranti atau 100,000 km bersama waranti bateri selama 8 tahun atau 160,000 km. Info lanjut, layari Mazda Malaysia.