Close

Nothing menjadualkan acara pelancaran Phone (1) pada 12 Julai ini

Selepas tiada sebarang berita mengenai Nothing Phone (1) diumumkan, hari ini Nothing secara rasminya telah menjadualkan hari pelancaran Phone (1) pada 12 Julai ini yang akan diadakan di London dan turut akan disiarkan secara langsung kelak.

Acara pelancaran tersebut dinamakan sebagai “RETURN TO INSTINCT” yang mungkin merujuk kepada beberapa faktor yang akan ditampilkan oleh Phone (1) seperti reka bentuk yang minimalis dan juga sistem operasinya iaitu Nothing OS.


Melalui imej jemputan yang digunakan, ia mempunyai elemen warna warni yang diambil dari bulu burung nuri dengan menggunakan kamera makro, namun melaluinya kami tidak dapat menjelaskan maksud tentang pelancaran Phone (1). 


Pada pengumuman sebelum ini, Nothing telah menyatakan yang mereka bakal membina satu ekosistem produk yang berfungsi dengan lancar antara satu sama lain. Berkemungkinan kita akan melihat beberapa aksesori lain akan dilancarkan pada acara tersebut.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN