Close

Nothing Phone (1) dijangka hadir dengan pengecasan pantas 45W


Nothing telah pun mengumumkan secara rasmi tarikh pelancaran bagi telefon pintar pertama mereka iaitu pada 12 Julai ini di London. Dengan acara pelancaran yang semakin hampir terdapat banyak maklumat mengenainya tertiris.

Antaranya maklumat yang tertiris mengenai Nothing Phone (1) buat masa ini ialah mengenai sokongan pengecasan pantas 45W yang akan hadir pada Phone (1). Maklumat ini berdasarkan dari pensijilan TUV yang mendedahkan Nothing Phone (1) akan menyokong pengecasan pantas 45W.

Melalui pensijilan tersebut, ia telah menyenaraikan butiran mengenai pengecasan Nothing Phone (1). Terdapat tiga nombor model yang disenaraikan iaitu C304, C347 dan C348. Ini mungkin membawa maksud akan terdapat tiga varian global dengan pengecas yang sama.


Selain dari pengecasan pantas, Nothing Phone (1) djangka akan turut menyokong pengecasan tanpa wayar dengan penutup belakang yang telus seperti mana rekaan yang diguanakan pada Nothing Ear (1). Akan lebih banyak maklumat akan didedahkan menjelang hari pelancaran Nothing Phone (1).

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN