Close

Nothing Phone (1) mungkin akan dijual menggunakan sistem jemputan



Nothing diasaskan oleh pengasas bersama OnePlus iaitu Carl Pei. Jadi tidak hairanlah jika diperhatikan terdapat beberapa persamaan antara kedua–dua syarikat lebih–lebih lagi dalam bahagian pemasaran. Sejak Nothing mengumumkan telefon pertama mereka, kempen yang digunakan seakan sama seperti mana yang pernah dilakukan Carl Pei di OnePlus semasa model OnePlus One.


Seperti yang pernah dilakukan oleh Carl Pei pada model OnePlus One, Nothing dijangka akan turut menggunakan stratergi yang sama dengan menjual peranti mereka melalui sistem jemputan sahaja. Namun begitu penjualan menggunakan sistem jemputan ini akan digunakan pada awal penjualan sahaja.


Maklumat mengenai sistem jemputan ini dapat dilihat dari video baharu yang dimuat naik oleh Nothing mengenai perincian reka bentuk dan proses pembuatan Nothing Phone (1). Menerusi video tersebut, pada minit ke 13.20 salah seorang dari mereka ada menyebut mengenai sistem jemputan.

Nothing berpendapat, dengan menggunakan sistem jemputan produk mereka akan terjual lebih pantas tanpa perlu menuggu stok yang banyak sebelum ia boleh mula dijual. Selain itu, mereke merasakan pengguna dalam komuniti adalah pengguna pertama yang berhak untuk mendapatkannya.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN