Close

Nothing Phone (1) mungkin akan diumumkan tidak lama lagi

Pada minggu lalu akaun Twitter rasmi Nothing telah merakam semula butiran yang telah disahkan secara rasmi mengenai telefon pertama mereka. Sehubungnya dengan itu, rakaman itu telah disambung dengan mengatakan terdapatnya pengumuman baru tidak lama lagi dan disusuli dengan tweet ringkas ” Minggu ini”.


Walaubagaimanapun, pendedahan itu dilihat tidak berapa jelas berikutan tiada tarikh spesifik yang diberi. Namun kami menjangkakan ia akan diumumkan pada bila–bila masa dalam minggu ini. Sebelum ini, Nothing telah mendedahkan rakan kongsi untuk pelancaran Nothing Phone (1) iaitu Deutsche Telekom di UK dan juga Flipkart untuk pasaran Jerman dan India.


Antara maklumat yang telah tertiris mengenai Nothing Phone (1) buat masa ini adalah casis peranti ini akan dibina dengan bahan aluminium kitar semula, tiada dagu pada skrin hadapan, panel belakang lutsinar, pengecasan tanpa wayar dan akan dijana cip dari Snapdragon namun tidak diketahui siri mana yang akan digunakan.

Terdapatnya juga maklumat lain yang mengatakan Nothing Phone (1) akan dilancarkan pada bulan hadapan iaitu pada 21 Julai dengan harga bermula dari RM2,348 (€500). Buat masa ini, Nothing belum lagi mengumumkan sebarang tarikh mengenai hari pelancaran telefon pertama mereka. Sama–sama kita nantikan apakah yang bakal diumumkan oleh Nothing pada minggu ini.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN