Samsung Neo QLED 8K TV kini rasmi di Malaysia – AMD FreeSync Premium Pro, resolusi 8K dan 144Hz dengan harga mencecah RM49,999 - FUZZ.MY

Tuesday, June 7, 2022

Samsung Neo QLED 8K TV kini rasmi di Malaysia – AMD FreeSync Premium Pro, resolusi 8K dan 144Hz dengan harga mencecah RM49,999


Samsung Electronic Malaysia telahpun melancarkan televisyen pintar premium baharu mereka yang memfokuskan pada paparan yang beresolusi 8K iaitu Samsung Neo QLED 8K TV.


Dari segi paparan skrin, ia hadir dengan teknologi Quantum Matrix Technology Pro (bersama Quantum Mini LED) yang memberikan lebih kepuasan pada paparan warna dan juga terdapat Shape Adaptive Light Control untuk kecerahan yang lebih jelas.



Apa yang menarik dengan Neo QLED 8K TV kali ni, selain paparan tinggi yang memuaskan, ia boleh menjadi gabungan yang baik dengan permainan konsol atau PC kerana TV ini mempunyai teknologi AMD FreeSync Premium Pro dan Motion Xcelerator Turbo Pro dengan paparan 144Hz untuk kelancaran skrin yang lebih baik.


Selain itu, Samsung juga meletakkan fungsi Auto-Low Latency Mode bagi mengurangkan kesan sangkut pada paparan skrin. Anda juga turut dapat mengawal sepenuhnya dengan fungsi Game Bar untuk tetapan semasa bermain mengikut citarasa sendiri.



Terdapat juga audio jenis Dolby Atmos yang memberikan rasa lebih realistik dan pengalaman lebih sinematik. Anda juga boleh sambungkan Neo QLED 8K TV dengan fungsi Multi-Pairing Device melalui Samsung DeX. Malah, Microsoft 365 juga turut tersedia di bahagian tetapan Workspace.


Jika dilihat dari semua aspek, Neo QLED 8K TV adalah televisyen pintar serba boleh yang memberikan kepuasan maksimum untuk tujuan permainan, produktiviti, hiburan dan SmartHub.



Berikut adalah harga jualan rasmi Neo QLED 8K TV di pasaran Malaysia :

  • 55" QN700B – RM12,499
  • 65" QN800B – RM18,999
  • 75" QN800B – RM24,999
  • 85" QN800B – RM33,999
  • 65" QN900B – RM23,999
  • 75" QN900B – RM34,999
  • 85" QN900B – RM49,999