Close

Siri Google Pixel 7 dijangka hadir dengan panel skrin dan haptic yang lebih baik berbanding siri Google Pixel 6

Bagi anda yang mengikuti berita mengenai siri Google Pixel 7, anda mungkin tahu bahawa terdapat beberapa protaip siri Google Pixel 7 telah pun dijual di arena web. Penjualan prototaip tersebut menyebabkan Google bertindak menyahaktif peranti tersebut namun beberapa spesifikasi asas tetap berjaya di bocorkan.

Melaluinya telah ada beberapa butiran lain yang berjaya dibocorkan. Antaranya adalah siri Google Pixel 7 disahkan akan dijana cip Tensor generasi kedua iaitu GS201. Menggunakan reka bentuk teras yang sama iaitu 4+2+2 dengan Cortex-A55. Walaupun begitu, tiada sebarang maklumat mengenai GPU yang akan digunakan serta perkakasan lain yang akan dimuatkan pada siri Google Pixel 7.

Bercakap mengenai perkakasan lain, Google dijangka akan membawakan panel skrin baharu pada Pixel 7 Pro yang mana ia kini menggunakan panel baharu dari Samsung iaitu S6E3HC4 menggantikan S6E3HC3 yang digunakan pada Pixel 6 Pro. Selain itu, siri Google Pixel 7 juga dikesan menggunakan cip Cirrus Logik baharu iaitu CS40L26 yang merupakan mesin haptik generasi baharu sekaligus menjanjikan haptik yang lebih baik dari model sebelumnya.

Pada siri Google Pixel 7, Google tidak lagi menggunakan cip dengan binaan UWB, sebaliknya akan menggunakan cip yang lebih ringas iaitu ST21NFC. Namun ia tidak bermaksud Google akan membuang fungsi UWB, ia kini akan dikendalikan oleh cip yang berasingan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN