Close

Telegram Premium di perkenalkan – Dengan harga langganan RM22.90 sebulan



Telegram
secara rasminya melancarkan Telegram Premium untuk semua pengguna di seluruh dunia. Bagi yang ingin melanggan, harga langganan bagi Telegram Premium adalah sekitar RM 22.90 sebulan yang mana setiap langganan kan hadir dengan beberapa ciri tambahan lain yang berbeza dengan versi percuma.

Dengan pengenalan perkhidmatan langganan baharu ini, Telegram menyatakan ia sedikit sebanyak membantu untuk versi percuma. Walaubagaimanapun, harga langganan bagi Telegram Premium di lihat sedikit mahal jika dibandingkan beberapa Premium lain.

Antara ciri baharu yang ditawarkan pada Telegram Premium adalah :

  • Tiada Iklan.
  • Had muat naik 4GB.
  • Muat turun lebih pantas.
  • Peningkatan had. ( Sokongan sehingga empat akaun)
  • Sokongan audio kepada teks.
  • Sokongan stiker dan reaksi yang unik.
  • Premium Badges.
  • Premium Apps icon.
  • Dan banyak lagi.

Jika anda bercadang untuk melanggan Telegram Premium, langkah pertama untuk mula melanggan adalah, anda perlu mengemas kini aplikasi telegram kepada versi 8.8. Kemudian pergi ke tetapan aplikasi dan pilih Telegram Premium baharu.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN