Close

Xiaomi 12 Ultra dilihat tampil dengan logo ikonik Leica

Sumber : Digital Chat Station

Xiaomi 12 Ultra sememangnya peranti yang ditunggu tunggu oleh peminat telefon pintar di luar sana. Mana tidaknya, Xiaomi 12 Ultra merupakan peranti terunggul dalam barisan Xiaomi yang membawakan spesifikasi terkini dan tertinggi di pasaran.

Seperti yang kita tahu, Xiaomi 12 Ultra merupakan peranti yang tampil dengan kemampuan fotografi yang tinggi. Dan untuk menjadikan pengalaman fotografi lebih baik Xiaomi telah bekerjasama dengan Leica untuk memberikan peningkatan yang ketara dalam fotografi.

Mengenai Leica, logo ikonik mereka adalah logo dengan perkataan Leica serta bulatan merah kecil. Terdapat sesetengah pengguna turut memanggilnya sebagai label Coke kerana warnanya yang serupa. Dan buat pertama kalinya Leica akan menggunakan logo ikonik mereka pada Xiaomi 12 Ultra.

Menurut laporan dari Digital Chat Station yang telah memuatnaik imej panel belakang Xiaomi 12 Ultra yang dilihat mempunyai logo ikonik Leica yang terletak di atas sebelah kanan kamera belakang. Selain dari pengesahan logo ikonik Leica, Digital Chat Station turut menyatakan yang Xiaomi 12 Ultra akan tampil dengan dua tekstur pada panel belakang yang berbeza iaitu Black Leather atau White Ceramic.

Bercakap mengenai spesifikasi kamera, Xiaomi 12 Ultra akan hadir dengan tetapan tiga kamera dengan kamera utama 50MP 24mm, Zum periskop 48MP 120mm dan Ultralebar 48MP 12mm.

Selepas Xiaomi mengumumkan kerjasama bersama Leica, mereka telah memberikan beberapa maklumat awal dengan menyatakan peranti pertama dengan penjenamaan Leica akan tampil pada bulan Julai ini. Sama sama kita nantikan adakah ia Xiaomi 12 Ultra atau Xiaomi 12S.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN