Close

Aplikasi Maybank menghadapi masalah untuk diakses

 

Aplikasi MayBank iaitu MAE dan M2U MY dilaporkan menghadapi masalah untuk diakses. Perkara sebegini bukanlah pertama kali berlaku dan masalah seperti ini lebih sinonim terjadi kepada CIMB.


Terkini, Maybank melalui akaun rasmi Twitter mereka telah melaporkan terdapat masalah untuk mengakses akaun pengguna melalui aplikasinya.

Walaupun begitu, Maybank telah memberikan penyelesaian sementara dengan pengguna boleh mengakses akaun mereka melalui laman web Maybank2u. Buat masa ini, Maybank sedang berusaha untuk menyelesaikan perkara tersebut secepat mungkin dan memohon maaf atas kesulitan yang berlaku.

ARTIKEL BERKAITAN