Close

Apple MacBook Pro dengan cip M2 Pro dan M2 Max dijangka akan dilancarkan seawal September


Apple nampak sudah bersedia untuk menawarkan pengganti kepada MacBook Pro M1 14″ dan 16″ biarpun usianya belum lagi mencapai satu tahun. Apple juga dikatakan akan menggunakan cip pemproses baharu iaitu M2 Pro dan M2 Max dan akan dilancarkan seawal musim luruh.

Menurut laporan dari Mark Gurman, Apple ketika ini dikatakan sudah mula menghasilkan MacBook Pro 14″ dan 16″ dengan cip M2 Pro dan M2 Max. Cip pemproses ini secara asasnya hadir dengan prestasi yang lebih baik dan berkemungkinan hadir dengan teras lebih banyak.

Cip memproses M2 Pro dan M2 Max dikatakan lebih menfokuskan kepada prestasi grafik dengan 11% peningkatan prestasi pada single core , 20% peningkatan prestasi pada multi core dan 35% peningkatan prestasi grafik secara keseluruhan.

Dari segi reka bentuk, Gurman menyatakan tidak ada banyak perubahan akan dilakukan oleh Apple memandangkan usia MacBook Pro yang sedia ada belum lagi mencapai usia setahun. Edisi sedia ada ketika ini sudahpun mempunyai peningkatan yang ketara termasuk dari reka bentuk, skrin LED mini dan pengecasan pantas MagSafe.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN