Close

Apple mempelbagaikan pembekal untuk siri iPhone 14


Apple
dijangka akan membawakan siri iPhone 14 pada bulan September ini. Dan bagi mengelakkan sebarang masalah kelewatan, Apple dikatakan telah mempelbagaikan pembekal bagi komponen siri iPhone 14.

Berikutan dari itu, Apple dikatakan telah pun menambah senarai pembekal baharu iaitu SG Micro sebuah syarikat dari China. Syarikat tersebut telahpun lulus pensijilan kualiti untuk model iPhone 14 dan ke atas 

SG Micro dijangka akan mula menghantar PMIC bagi model iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max. Dan ia merupakan kali pertama SG Micro membekalkan komponen kepada Apple. Syarikat tersebut mempunyai keupayaan tahap 1 dalam keupayaan teknikal yang diperlukan untuk menghasilkan komponen elektronik yang premium dan mewah.

Dengan penambahan pembekal, Apple dijangka akan dapat mengelak dari masalah kelewatan dan kekurangan komponen yang dihadapi sebelum ini.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN