Close

Apple menjangkakan permintaan iPhone 14 lebih kukuh berbanding iPhone 13

Seperti kebiasaan, Apple akan tampil dengan iPhone generasi baharu sekitar bulan September dan secara lazimnya permintaan model sebelumnya akan menurun berikutan pengguna cenderung untuk mendapatkan iPhone yang lebih terkini atau menanti model semasa turun harga. 

Apa yang menarik adalah penjualan iPhone 13 ketika ini dikatakan masih lagi tinggi dengan jumlah penjualan sekitar 2.3 juta unit dari jumlah keseluruhan penjualan siri iPhone 13 iaitu 5.1 juta unit ketika ini. Secara amnya, Apple menganggap iPhone 13 adalah sangat berjaya berbanding model sebelumnya.

Dengan penjualan iPhone 13 yang sangat memberangsangkan, Apple dengan yakin menyatakan yang permintaaan iPhone 14 akan lebih kukuh memandangkan ia akan hadir dengan teknologi baharu dengan reka bentuk yang sedikit berbeza.

Terdapat juga laporan mengatakan yang Apple telah merancang untuk memulakan produksi iPhone 14 yang dijangka akan bermula sekitar bulan Ogos.

(Sumber) 

ARTIKEL BERKAITAN