Close

Apple Watch Pro dijangka hadir dengan fungsi yang menfokuskan kepada sukan Ekstrem

Desas-desus mengenai jam tangan pintar baharu Apple semakin hangat diperkatakan. Apple dijangka akan membawakan beberapa varian jam tangan pintar termasuklah Apple Watch Pro.

Pada Apple Watch Pro, Apple dijangka akan membawakan skrin yang lebih besar, ketahanan bateri yang lebih panjang, rangka dari titanium dan juga ketahanan yang lebih baik.

Terkini, menurut laporan lain, Apple buat pertama kalinya akan membawakan reka bentuk baharu pada Apple Watch Pro selepas kali terakhir Apple membawakan perubahan reka bentuk adalah pada masih siri Apple Watch 4.

Rekaan Apple Watch Pro dikatakan akan lebih terarah untuk menarik minat atlet sukan ekstrem atau sesiapa sahaja yang mungkin membeli jam tangan sukan premium dari Garmin untuk kegunaan lasak.

Selain dari rekaan, Apple Watch Pro turut akan membawakan pelbagai penambahan fungsi yang lebih baik seperti pengesanan mendaki dan juga pengesanan berenang.

Setiap versi “Pro” yang dihasilkan oleh Apple akan dibezakan dengan prestasi yang lebih baik, skrin yang lebih besar, ketahana yang lebih baik dan sudah tentu ia datang dengan harga yang lebih tinggi.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN