Close

Apple Watch siri 8 dijangka hadir dengan keupayaan untuk mengesan Demam

Sumber : iDropNews

Apple dijangka akan melancarkan jam tangan pintar baharu mereka pada tahun ini iaitu Apple Watch siri 8 pada bulan September bersama Apple iPhone 14. Apple Watch siri 8 dijangka akan membawakan pelbagai ciri termasuklah keupayaan pengesanan demam yang akan mengesan suhu badan sekaligus memberitahu pengguna untuk memaklumkan kepada doktor atau tidak mengenainya.

Menurut sumber lain, Apple Watch siri 8 berkemungkinan akan ditawarkan dalam tiga varian dan akan dijana cip S8 yang mempunyai spesifikasi lebih kurang sama pada cip S7. Bercakap mengenai ciri pengesanan demam pada Apple Watch siri 8, Mark Gurman dari Bloomberg turut menyatakan perkara yang sama dan kami menjangkakan akan lebih banyak ciri baharu akan dibawa pada jam tangan pintar terbaharu Apple.

Walaupunbegitu, perincian suhu yang dikongsi oleh Apple Watch siri 8 dikatakan tidak begitu tepat dan tetap mengesyorkan pengguna untuk berunding dengan doktor atau menggunakan pengesan suhu yang khusus. Seiring dengan pelancaran Apple Watch siri 8, Apple Watch siri 3 dijangka akan di hentikan pengeluarannya.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN