Close

ArcFox Alpha-S kereta EV pertama yang akan dilengkapi dengan “Huawei Inside”

Setahun yang lalu, Huawei mengumumkan yang mereka telah berkerjasama dengan pembuat kereta EV dari China ArcFox untuk menghasilkan EV mewah yang dikuasakan oleh HI (“Huawei Inside”). Menggabungkan sistem infotainmen HarmonyOS dengan penyelesaian HiCar Huawei yang menyokong pemanduan autonomi L3.

ArcFox Aplha-S ialah kereta pertama yang akan dilengkapi dengan “Huawei Inside” yang kini telah memasuki pengeluaran besar-besaran. Sistem pemanduan autonomi EV ini mampu menghasilkan 400TOP dan dilengkapi pelbagai teknologi seperti tiga penderia LiDAR, enam penderia radar mmW, dua belas penderia ultrasonik, sembilan unit ADS dan empat kamera pandangan sekeliling.

EV dari Arcfox Alpha-S sebenarnya telah tersedia sejak Januari lalu, dengan kumpulan pertama telah pun dihantar dan ia kini memasuki pengeluaran berskala penuh. Harga jualan bagi Arcfox Alpha-S dengan autonomi lebuh raya bermula dari RM262,520 ($59,000) manakala untuk versi autonomi berkemampuan penuh ia bermula pada harga RM283,278 ($63,800). 

Buat yang tidak mengetahui, Arcfox ialah jenama EV BAIC – Beijing Automotive Group, pembuat kereta  China milik kerajaan. Dan merupakan pengeluar kereta ke-enam terbesar di China.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN