Close

Asus menjadualkan acara pelancaran bagi ROG Phone 6 dan ROG Phone 6 Pro pada 5 Julai ini di India

Pada awal bulan yang lalu, Asus telah pun mengumumkan tarikh pelancaran bagi ROG Phone 6 iaitu pada 5 Julai ini di mana acara tersebut akan diadakan di Taipei, Berlin dan New York.


Terkini, Asus turut mengumumkan yang ROG Phone 6 akan turut di perkenalkan di India pada hari yang sama. Namun ia akan di lancarkan secara maya dan ia boleh ditonton secara langsung melalui saluran Youtube bermula jam 5.20 petang wakut tempatan.

Ketika ini Asus belum lagi memperincikan spesifikasi ROG Phone 6, tetapi Asus telah pun mengesahkan beberapa maklumat mengenainya termasuklah ia akan dijana Cip Snapdragon 8+ Gen 1, paparan 165Hz dan sistem penyejuk yang lebih baik. Selain itu, Asus turut mendakwa ROG Phone 6 akan menjadi telefon permainan pertama di dunia yang mempunyai penarafan IPX4.


Sumber : 91 Mobiles

Antara maklumat lain mengenai ROG Phone 6 yang berjaya di bocorkan oleh TEENA ialah ia akan hadir dengan skrin bersaiz 6.78 inci, RAM sehingga 18GB, storan sehingga 512GB, kamera utama 64MP, swafoto 12MP dan bateri sebesar 6000mAh. Menjalankan Android 12 dan pengecasan pantas 65W. 

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN