Close

Asus menjadualkan pelancaran Zenfone 9 pada 28 Julai ini

Asus akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran bagi Zenfone 9 iaitu pada 28 Julai ini. Sebelum ini peranti tersebut telahpun tertiris melalui satu video promosi yang telah dimuatnaik di arena web dan kemudianya dipadam.

Melalui Zenfone 9, Asus membawakan tagline “Compact Size. Big Possibilities” sekaligus menggambarkan yang ia merupakan sebuah peranti yang kompak dengan kemampuan yang luar biasa. Asus buat setakat ini tidak mendedahkan sebarang maklumat mengenai bilangan model yang akan dilancarkan dan juga spesifikasi mengenai Zenfone 9.

Namun begitu melalui video promosi yang tertiris, telah mendedahkan beberapa maklumat mengenai spesifikasi yang akan hadir pada Zenfone 9 seperti dijana cip Snapdragon 8+ Gen 1, kamera 50MP, skrin 5.9-inci AMOLED, bateri 4300mAh, pembesar suara stereo, bicu Audio 3.5mm, penarafan air IP68 dan juga gimbal 6 paksi.

Walaupun begitu, harga jualan Zenfone 9 masih lagi tidak diketahui. Sama-sama kita nantikan hari pelancaran Zenfone 9 yang tinggal beberapa hari sahaja lagi.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN