Close

Asus Zenfone 9 kini rasmi dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1, AMOLED 5.9-inci dan 16GB RAM

Asus secara rasminya mengumumkan Asus Zenfone 9 bagi menggantikan model semasa. Ia merupakan peranti kompak yang sangat berkuasa dan satu-satunya peranti kompak yang masih bertahan di pasaran ketika ini.

Zenfone 9 dilengkapi dengan skrin bersaiz 5.9-inci AMOLED 120Hz, dikuasakan cip Snapdragon 8+ Gen 1, RAM sehingga 16GB LPDDR5 dan storan dalaman sehingga 256GB UFS 3.1. Bateri 4300mAh yang turut menyokong pengecasan pantas 30W.

Untuk fotografi, ia hadir dengan tetapan dwi kamera belakang dengan sensor utama 50MP Sony IMX766 + 12MP IMX363 ultra lebar. Kamera utamanya juga menyokong keupayaan penstabilan gimbal 6-paksi dan mampu merakam video 8K 24fps. Manakala untuk kamera swafoto ia hadir dengan sensor 12MP IMX663.

Apa yang menarik, Zenfone 9 masih lagi hadir dengan bicu audio 3.5mm. Selain itu ia juga menyokong beberapa ciri lain seperti pembesar suara jenis stereo, penarafan IP68, audio DIRAC, Qualcomm aptX Lossless. Gorilla Glass Victus dan juga pengimbas cap di butang kuasa yang boleh digunakan untuk menatal notifikasi.

Ditawarkan dalam empat pilihan warna iaitu Starry Blue, Moonlight White, Midnight Black dan Sunset Red. Untuk harga jualan ia bermula pada RM3626 (€799 ) untuk 8GB+128GB. Peranti ini menyokong kemas kini Android dan keselamatan selama dua tahun. 

ARTIKEL BERKAITAN