Close

E-skuter, alternatif baharu pengangkutan – Beam

Beam Mobility hari ini melancarkan kempen menerusi “Drive Something New” yang bertujuan untuk mempromosikan pengangkutan alternatif baharu sekaligus mengisi jurang kosong dalam sistem pengangkutan awam, yakni dengan menjadi penghubung kepada titik-titik transit atau destinasi-destinasi popular.

Menurut Beam lagi, misi mereka adalah untuk menaik taraf kaedah perjalanan singkat sekaligus melancarkan pergerakan dalam kawasan bandar. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan kadar penggunaan pengangkutan awam dan mengurangkan kebergantungan orang terhadapat kenderaan persendirian.

Melalui tinjuan yang dibuat pada bulan Mei 2022 yang melibatkan pengguna mobiliti mikro, hampir 50% dari 1,800 orang penunggang Beam menyatakan akses ke atas e–skuter menjadikan mereka lebih cenderung untuk menggunakan pengangkutan awam berbanding penggunaan kereta atau perkhidmatan tempahan kereta.

Selain itu, 77% daripada penunggang yang biasa menggunakan perkhidmatan ini menyatakan bahawa mereka sentiasa,lazimnya, atau kadang kala menggunakan e-skuter sebagai medium hubungan dari dan ke titik pengangkutan awam.

Untuk faktor keselamatan, e-skuter Beam telah dihadkan kelajuannya pada 25km/j. Ia juga didatangkan dengan teknologi geobatas untuk memastikan penunggang berada didalam sempadan designasi yang diluluskan oleh majlis jawatankuasa bagi penggunaan kenderaan mobiliti mikro. Ia dapat menjamin keselamatan penunggang, pejalan kaki, serta pengguna kenderaan lain.

E-skuter Beam juga dilihat mempunyai potensi dalam menyumbang kegiatan ekononi tempatan. Anatarnya menerusi program “Beam Booster” sebuah platform yang mengetengahkan perniagaan-perniagaan tempatan menerusi teknologi parkir virtual proprietari, mengalakkan pengguna membuat perhentian atau menamatkan perjalanan mereka di hadapan rakan peniaga Beam. Sekaligus dapat mempromosi serta menjana pendapatan perniagaan.

ARTIKEL BERKAITAN