Close

Fungsi Apple Pay akan tiba untuk pengguna Malaysia tidak lama lagi


Apple Pay merupakan salah satu pembayaran mobil yang popular, boleh dilakukan menggunakan iPhone ataupun Apple Watch. Namun memerlukan pengguna menghubungkan kad bank atau kad kredit pada Apple Wallet.

Apple mula memperkenalkan fungsi Apple Pay pada tahun 2014,  selepas 8 tahun fungsi ini diperkenalkan, ia akhirnya akan tiba untuk pengguna di Malaysia tidak lama lagi.

Berdasarkan dari beberapa laporan, Apple Pay dijangka akan tiba untuk pengguna Malaysia pada Ogos 2022 ini. Menguatkan lagi laporan ini, terdapat beberapa pengguna AmBank dikatakan telah menerima mesej mengenai fungsi Apple Pay.

Apple Malaysia buat masa ini belum lagi mengeluarkan sebarang maklumat mengenainya. Namun laporan ini sedikit sebanyak menggembirkan pengguna Apple di Malaysia yang telah lama menantikan fungsi ini.

ARTIKEL BERKAITAN