Close

Generasi Z lebih cenderung menggunakan TikTok sebagai sumber carian berbanding Google

Aplikasi TikTok merupakan aplikasi sosial yang paling pesat berkembang dan telah mencipta populariti sejak beberapa tahun kebelakangan ini. TikTok juga menjadi satu inspirasi kepada pesaing mereka seperti Instagram dan Snapchat yang menawarkan ciri seumpama melalui Reels dan Sportlight.

Menurut data dikeluarkan oleh Google sendiri, hampir 40% Generasi Z menggunakan TikTok sebagai sumber carian berbanding Google. 

Perkara ini turut disahkan oleh salah seorang eksekutif Google yang menyatakan format TikTok telah mengubah cara Generasi Z membuat carian internet dan Google dikatakan sedang cuba untuk mengikuti apa yang dilakukan oleh TikTok.

Sebelum ini terdapat laporan mengenai ancaman TikTok kepada YouTube yang mana ia juga dimiliki oleh syarikat induk Google, Alphabet. Dan menurut Insider Intelligence, menjelang tahun 2024 TikTok akan berjaya mengatasi hasil pengiklanan YouTube.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN