Close

Harga jualan Samsung Galaxy Watch5 dan Galaxy Watch5 Pro tertiris


Samsung sudahpun mengesahkan tarikh acara Galaxy Unpacked yang akan berlangsung pada 10 Ogos ini. Pada acara tersebut Samsung akan turut mengumumkan siri baharu Galaxy Watch iaitu Galaxy Watch5.

Selain dari spesifikasi dan reka bentuk, maklumat mengenai harga jualan juga merupakan sesuatu yang ditunggu oleh pengguna. Harga jualan kebiasaannya akan mempengaruhi pengguna untuk membuat keputusan dalam pembelian selain dari spesifikasi dan reka bentuk.

Terbaharu, menurut laporan dari Dealntech, harga jualan bagi Galaxy Watch5 adalah sedikit lebih murah dari model sebelumnya. Untuk model (versi BT) dengan saiz 40mm akan dijual pada RM1,175 (€259) manakala untuk 44mm akan dijual pada RM1,311 (€286).

Sementara itu, harga jualan bagi Galaxy Watch5 Pro dilihat sedikit meningkat dari tahun lepas dengan 45mm untuk versi BT dijual pada tanda harga RM1,951 (€430).

Harga jualan bagi Galaxy Watch5 dan Watch5 Pro yang didedahkan dikatakan adalah harga rasmi berdasarkan dari sumber yang diperolehi yang dikatakan biasa menetapkan harganya jualannya dengan tepat.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN