Close

Huawei FreeBuds Pro 2 hadir dengan Intelligent Dynamic ANC 2.0 dan bateri sehingga 30 Jam

Melalui acara yang sama, Huawei turut mengumumkan fon telinga tanpa wayar baharu iaitu Huawei FreeBuds Pro 2. Membawakan sejumlah peningkatan audio dan reka bentuk yang lebih baik.

Huawei Freebuds Pro 2 secara keseluruhan membawakan rekaan yang lebih ringan dan kecil berbanding model sebelumnya.

FreeBuds Pro 2 hadir dengan penalaan bunyi Bluetooth Codec LDAC™ yang boleh dipacu pada semua arah. Melaluinya ia memberikan pengalaman bunyi yang lebih baik dan lebih terperinci. Ia juga turut menyokong sistem True Sound Dwi-speaker dengan 11 mm dynamic drivers.

Selain itu, FreeBuds Pro 2 juga kini menyokong teknologi Intelligent Dynamic ANC 2.0 yang dapat mengurangkan hingar sehingga 47dB. Ia juga menggunakan teknologi Triple adaptive EQ untuk melaraskan frekuensi bunyi secara automatik mengikut tetapan bunyi tinggi dan rendah.

Ini juga merupakan kali pertama Huawei menggunakan Algoritma Pembatalan Bunyi Ambien Rangkaian Neural yang membolehkan ia mengesan lebih dari 500 situasi dengan tepat dan dapat membezakan antara bunyi dan pertuturan. Menyokong sambungan Bluetooth 5.2 yang boleh disambungkan pada 2 peranti secara serentak secara cross platform seperti pada iOS, Android dan juga Windows.

Dari segi jangka hayat bateri, FreeBuds Pro 2 boleh digunakan sehingga 30 Jam dan mendengar muzik selama 6.5 jam apabila digunakan bersama sarung pengecasan dengan mod ANC dimatikan.Terdapat 3 warna ditawarkan iaitu Silver Blue, Silver Frost Silver dan Ceramic White. Huawei Malaysia mengesahkan yang FreeBuds Pro akan memasuki Malaysia namun tidak mendedahkan harga dan tarikh pelancarannya.

ARTIKEL BERKAITAN