Close

Huawei MateBook D16 dan MateBook 16s kini rasmi dengan harga bermula dari RM3,699


Huawei secara rasminya melancarkan barisan baharu MateBook melalui acara APAC 2022. Pada acara pelancaran tersebut, Huawei memperkenalkan MateBook 16 dan MateBook 16s yang mana kedua-dua model tersebut menawarkan spesifikasi terkini dan menfokuskan kepada produktiviti.

Huawei MateBook D16 hadir dengan skrin bersaiz 16 -inci dan dijana dengan cip pemproses Intel® Core™ i7-12700H. Digabungkan dengan RAM dual-chanel sehingga 16GB dan storan dalaman sehingga 512GB NVMe PCIe SSD. Membawakan bateri 60Wh yang turut menyokong pengecasan pantas 65W.

Dari segi reka bentuk, MateBook D16 membawakan rekaan yang kompak dan nipis dengan berat hanya 1.7kg. Dengan rekaan sebegitu ia sangat mudah untuk digunakan di mana sahaja baik untuk kegunaan pejabat atau sebagainya.

Ciri lain yang turut dibawakan pada MateBook D16 adalah seperti eye proctection, 1.5mm numeric keypad, Super Device, Huawei Metaline Antenna dan sebagainya.

Sementera untuk Huawei MateBook 16s, ia didatangkan dengan skrin bersaiz 16-inci resolusi 2520 x 1680 yang turut menyokong 1.07 billion warna. Dikuasakan dengan cip pemproses Intel® Core™ i7-12700H yang dipadankan bersama RAM dual-chanel sehingga 16GB dan storan dalaman 1TB NVMe PCIe SSD. Dari segi bateri ia dimuatkan dengan 84Wh yang turut menyokong pengecasan pantas 90W.

Dari segi kemampuan grafik, MateBook 16s hadir dengan GPU Intel Iris® Xe Graphics yang mampu menjalankan pemprosesan grafik yang luar biasa. Dengan kemampuan grafik sebegitu, ia juga sesuai untuk digunakan bagi tujuan permainan, editor foto, grafik dan juga video.

Untuk rekaan, MateBook 16s masih mengekalkan reka bentuk klasik namun tampil dengan skrin lebih luas dengan nisbah skrin 90%. Selain itu, ia juga tampil dengan papan kekunci yang boleh disesuaikan secara khusus.

Ciri lain yang turut dibawakan pada MateBook D16s adalah seperti eye proctection, 1.5mm numeric keypad, Super Device, Huawei Metaline Antenna, Smart Consistence dan sebagainya.

Untuk pasaran Malaysia, harga jualan bagi MateBook 16 adalah bermula pada RM3,699 untuk spesifikasi asas 8GB+512GB Manakala harga jualan bagi Huawei MateBook 16s ialah RM6,999 untuk 16GB+1TB. Kedua-dua model boleh kini pra di tempahan  bermula hari ini sehingga 6 Ogos.

ARTIKEL BERKAITAN