Close

Huawei MateBook X Pro diumumkan – Cip Intel i7, paparan 90Hz dengan pengecasan pantas 30W


Huawei melalui acara Huawei APAC 2022 telah mengumumkan genarasi baharu MateBook andalan mereka iaitu MateBook X Pro. Membawakan reka bentuk yang lebih baik dan juga peningkatan spesifikasi yang terkini.

Dari segi reka bentuk, MateBook X Pro membawakan rekaan yang kompak dan nipis dengan berat hanya 1.26kg dan tebal 15.6mm. Ia turut menggunakan bahan New Micro-arc Oxidation Coating untuk memberikan pengalaman mewah apabila menyentuhnya.
Huawei MateBook X Pro hadir dengan skrin bersaiz 14.2-inci resolusi 3120×2080 paparan 90Hz dengan nisbah aspek 3:2. Dikuasakan dengan cip intel Core i7-1260P yang digabungkan dengan RAM 16GB LPDDR5 dan storan dalaman 1TB NVMe PCIe SSD. Membawakan Kapasiti bateri sebesar 60Wh dengan pengecasan pantasn 30W.
Dari segi kemampuan grafik, MateBook X Pro hadir dengan GPU Intel Iris® Xe yang mampu menjalankan pemprosesan grafik yang luar biasa. Dengan kemampuan grafik sebegitu, ia juga sesuai untuk digunakan bagi tujuan permainan, editor foto, grafik dan juga video.
Ciri lain yang hadir pada MateBook X Pro adalah seperti 6 pembesar suara, pengimbas cap jari pada butang kuasa, bicu audio 3.5mm, Ai Gesture, Smart Huawei, Super Device, Smart Conference dan sebagainya.

MateBook X Pro dijangka akan mula tiba di pasaran Malaysia pada 19 Ogos 2022. Namun, untuk harga jualan, buat masa ini belum lagi didedahkan oleh Huawei Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN