Close

Huawei MatePad Pro turut dilancarkan dengan Bateri 8300mAh, skrin OLED 120Hz dan pengecasan pantas 66W

Huawei turut mengumumkan MatePad Pro 11-inci baharu bagi menggantikan model semasa. Melaluinya Huawei menawarkan sejumlah peningkatan dari segi spesifikasi dan juga reka bentuk yang lebih baik.


Huawei MatePad Pro hadir dengan skrin bersaiz 11-inci OLED yang menyokong paparan 120Hz. Dijana dengan Snapdragon 888 yang digabungkan dengan RAM sehingga 6GB dan storan dalaman sehingga 256GB. Bateri sebesar 8300mAh yang turut menyokong pengecasan pantas Huawei SuperCharge 66W.
Untuk Fotografi, MatePad Pro hadir dengan tetapan dwi kamera belakang dengan sensor utama 13MP + 8 MP ultra lebar. Manakala untuk kamera swafoto ia hadir dengan sensor sebesar 16MP.
Huawei MatePad Pro juga menyokong pelbagai ciri seperti Super Device, Tablet Snippet, pembesar suara jenis stereo, sistem penyejuk 3D Graphene dan sebagainya. Huawei turut mengumumkan akesories tambahan baharu iaitu M Pencil 2 yang lebih ringan dan Smart Magnetic Keyboard.
Di pasaran Malaysia, Pra tempahan bagi Huawei MatePad Pro akan dibuka pada 19 Ogos sehingga 27 Ogos. Walaubagaimanapun, Huawei buat masa ini belum lagi mengumumkan harga jualan untuk pasaran Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN