Close

Huawei menjadualkan acara pelancaran MatePad Pro pada 27 Julai ini


Huawei dikatakan sudah bersedia untuk mengemaskini siri tablet mereka bagi menggantikan siri MatePad Pro sedia ada. Melaluinya, Huawei dijangka akan memperkenalkan Huawei MatePad Pro versi 2022 dengan saiz 11″-inci.

Menurut laporan dari Weibo, Huawei dikatakan telah menjadualkan acara pelancaran bagi MatePad Pro versi 2022 pada 27 Julai ini. Pada acara yang sama Huawei turut akan mengumumkan sistem operasi baharu iaitu HarmonyOS 3.

MatePad Pro versi 2022 dijangka akan membawakan reka bentuk yang lebih baik dan menggunakan rekaan kamera belakang mirip seperti siri Mate 40. Selain itu, versi MatePad Pro 2022 juga akan hadir dengan bingkai logam melengkung pada bahagian atas dan bawah.

Buat masa ini, Huawei tidak memberikan sebarang maklumat mengenai spesifikasi yang akan dibawa pada MatePad Pro. Kami menjangkakan akan lebih banyka maklumat akan didedahkan menjelang hari pelancarannya kelak.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN