iPhone 14 dengan sokongan eSIM sahaja akan dijual di beberapa pasaran terpilih - FUZZ.MY

Tuesday, July 19, 2022

iPhone 14 dengan sokongan eSIM sahaja akan dijual di beberapa pasaran terpilih



Apple sebelum ini telah merancang untuk menghasilkan iPhone tanpa sebarang port. Dan perkara tersebut nampaknya mungkin akan menjadi realiti pada masa akan datang. Bermula dengan membuang bicu audio kini giliran slot SIM fizikal pula akan dibuang.


Berdasarkan dari maklumat The Wall Street Journal, siri Apple iPhone 14 akan hadir dengan pilihan eSIM sahaja untuk beberapa pasaran terpilih. Apple juga dikatakan tidak akan melakukan perubahan drastik sebaliknya hanya menilai keterbukaan pengguna terhadap iPhone dengan sokongan eSIM sahaja.


Pasaran utama yang akan menjadi pilihan penjualan iPhone dengan eSIM sahaja buat masa ini adalah Amerika Syarikat dengan beberapa telco utama telahpun diberitahu mengenainya. Beberapa negara lain yang telah mula menjadikan eSIM sebagai standard juga berkemungkinan akan menerima penawaran ini.


Kelebihan utama dengan ketiadaan slot SIM fizikal adalah adanya ruang lebih untuk komponen lain dimuatkan dan juga penambahan aspek keselamatan yang akan memberi manfaat kepada pengguna dalam memberi kemas kini keselamatan secara serentak.