Close

Instagram perkenalkan kemaskini baharu – Tiru TikTok?

Usaha Instagram untuk bersaing dengan TikTok nampaknya semakin berkembang dengan membawakan kemaskini Reels yang lebih baik. Jika sebelum ini, Reels lebih memfokuskan pada format video pendek dan boleh disunting. Namun kini, ia tampil dengan lebih banyak fungsi menarik pada Reels.
Bermula hari ini, siaran video baharu yang lebih pendek dari 15 minit akan dikongsi sebagai Reels. Yang mana, fungsi ini telah pun diuji oleh Instagram beberapa minggu lalu dalam usaha untuk menawarkan pengalaman yang lebih baik. Tab video dan Reels juga kini turut disatukan pada profil.

Selain itu, Reels juga kini juga menyokong Reels Remix seperti mana TikTok Duets, yang membolehkan pengguna memilih beberapa pilihan skrin untuk menambah ulasan video mereka sendiri pada Reels sedia ada. Manakala Remix untuk foto pula membolehkan pengguna melakukan Remix pada foto umum.
Instagram juga menambah satu lagi fungsi iaitu Templat Khas yang membolehkan pengguna memilih pelbagai templat dan mencipta Reel dan memuatnaik dalam kedua-dua video dan foto. Melaluinya juga, pengguna kini boleh mencipta Reels menggunakan format dan audio daripada Reels sedia ada.
Menurut Meta, 20% pengguna Instagram adalah datang dari Reels, jadi tidak hairan jika Meta sanggup berhabis untuk membawakan pelbagai fungsi pada Reels. Selain itu, Reels juga adalah sebahagian pendapatan Meta pada suku pertama 2022.

ARTIKEL BERKAITAN