Close

MacBook Air M2 kini boleh ditempah dengan harga mencecah sehingga RM10,299

Pada acara WWDC yang berlangsung pada Jun yang lalu, Apple telah pun mengumumkan MacBook Air baharu. Menampilkan perubahan reka bentuk yang ketara dari barisan MacBook Air sejak 2010 dan ia kini dikuasakan oleh cip baharu M2.

MacBook Air baharu tampil dengan skrin bersaiz 13.6 inci iaitu sedikit lebih besar dari model sebelumnya, kamera hadapan yang dinaik taraf kepada 1080P, rekaan luaran mirip MacBook Pro dan ditawarkan dalam dua pilihan warna baharu iaitu kini Starlight dan Midnight.


Secara keseluruhan, Cip M2 menawarkan peningkatan CPU sehingga 18%, GPU sehingga 35% dan Enjin Neural sehingga 40%. Ia juga kini menyokong RAM sehingga 24GB berbanding pada cip M1. Dari segi sambungan, ia hadir dengan dua sambungan port USB-C, sambungan port MagSafe dan juga sambungan bicu audio 3.5mm yang menyokong high-impedance untuk fon kepala. MacBook Air baharu ini juga tampil dengan sistem empat pembesar suara terbina yang menyokong audio spatial dan stereo serta tiga mikrofon.

Di Malaysia, pra tempahan MacBook Air baharu telah pun di buka hari ini dengan harga jualan bermula RM5,499 untuk spesifikasi asas 8GB+256GB. Manakala untuk spesifikasi tertinggi iaitu 24GB+2TB ia di jual pada harga RM10,299.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN