Close

Masalah skrin pada Nothing Phone (1) – Ini jawapan dari Nothing…

Peranti yang telah mencipta sensasi iaitu Nothing Phone (1) telahpun dilancarkan pada minggu lalu. Dan apa yang lebih sensasi adalah terdapat laporan mengatakan yang Phone (1) menghadapi masalah skrin pada beberapa pengguna.

Berdasarkan laporan yang diterima dari beberapa pengguna,  antara masalah skrin yang dihadapi oleh Nothing Phone (1) adalah skrin menjadi kehijauan (green tint) apabila dalam mod gelap dan juga terdapatnya ‘dead pixel’ di bahagian kamera hadapan.

Pengguna dari Malaysia juga tidak terlepas dari masalah ini. Kerana kami adalah salah satu pengguna yang menghadapi masalah skrin menjadi kehijauan. Merujuk dari unit yang kami terima, warna kehijaun lebih cenderung untuk dilihat apabila latar belakang berwarna kelabu. Dapat dilihat dengan lebih jelas di kawasan bawah panel skrin dengan kecerahan rendah.

Bagi menjawab kepada permasalahan ini, Nothing menyatakan yang semua skrin jenis AMOLED sememangnya mudah terdedah kepada masalah kehijauan apabila digunakan pada kecerahan terlalu rendah dan ia bukanlah eksklusif  pada Phone (1) sahaja. 

Selain itu, Nothing juga sedang dalam usaha untuk menyelesaikan masalah ini melalui kemas kini yang akan datang. Sementara itu, pengguna yang terjejas dengan permasalah ini boleh menghubungi sokongan pelanggan dan meminta penggantian.

ARTIKEL BERKAITAN