Close

Mercedes-Benz Malaysia umumkan model EQS 450+ dengan harga bermula RM698,888

Mercedes Benz Malaysia (MBM) hari ini melancarkan dua model kereta elektrik penuh baharu iaitu EQS dan EQC untuk pasaran tempatan.

Model EQS tampil dalam satu varian sahaja melalui model EQS 450+ yang mana model ini telah pun diumukan secara global pada April 2021. EQS juga merupakan model pertama yang dibangunkan dengan platform Electric Vehicle Architecture (EVA), yang turut digunakan untuk SUV EQS, EQE dan SUV EQE.

EQS 450+ dimuatkan dengan bateri lithium-ion 396 voltan dengan kapasiti tenaga 107.8 kW yang mampu berjalan di antara 631 km hingga 782 km bagi satu pengecasan penuh mengikut kitaran-WLTP. Menggunakan motor-tunggal pacuan roda-belakang (RWD) bersama transmisi automatik kelajuan-tunggal yang menghasilkan kelajuan sekitar 245 kW (333 hp) dan tork 565 Nm

Untuk sistem pengecasan EQS 450+ menyokong pengecasan jenis AC (sambungan Type 2) berkapasiti 11 kW dengan status pengecasan (SOC) 10%-100% yang mengambil masa 10 jam. Ia juga turut menyokong pengecasan pantas DC (sambungan CCS2) dengan kapasiti 200 kW yang mengambil masa hanya 31 minit untuk mencapai SOC 10%-80%.


Di Malaysia, EQS 450+ ditawarkan pada harga atas jalan bermula RM698,888 dengan cukai SST dan tanpa insurans. Ia juga didatangkan dengan waranti selama empat tahun manakala untuk bateri EV pula diberikan waranti 10 tahun atau 250,000 km.


(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN