Close

Motorola Razr 2022 dan Edge X30 Pro akan dilancarkan pada 2 Ogos ini


Motorola hari ini memgumumkan tarikh pelancaran bagi model utama mereka, acara pelancaran yang akan berlangsung pada 2 Ogos ini akan lebih terarah kepada peranti boleh lipat iaitu Motorola Razr 2022. Pada acara yang sama akan turut diumumkan Motorola Edge X30 Pro.

Motorola Razr 2022 dijangka akan hadir dengan perubahan ketara dari model sebelumnya. Dan buat pertama kalinya Motorola menggunakan cip premium terkini iaitu cip Snapdragon 8+ Gen 1. Berbeza dengan model sebelumnya yang dikuasakan cip snapdragon dari siri 7.

Selain itu, Razr 2022 akan membawakan skrin utama dengan saiz 6.7-inci 120Hz dan skrin luar bersaiz 3-inci. Menggunakan sistem dwi kamera pada bahagian belakang dengan sensor utama 50 MP dan 13 MP ultralebar , manakala untuk swafoto ia hadir dengan sensor 32 MP.

Edge X30 Pro mungkin juga akan dikenali sebagai Edge 30 Ultra, akan menjadi telefon pintar pertama di dunia yang menggunakan sensor utama sebesar 200 MP SAMSUNG ISOCELL HP1, bersama 50 MP ultralebar dan 12 MP telefoto dengan 2x. Untuk swafoto ia membawakan sensor 60 MP.

Turut menggunakan cip Snapdragon 8+ Gen 1, skrin melengkung P-OLED 6.67-inci 144Hz, RAM sehingga 12GB dan storan dalaman 256GB. Dimuatkan dengan bateri sebesar 4500mAh yang turut menyokong pengecasan pantas 125W dan pengecasan tanpa wayar 50W.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN