Close

Nothing Phone (1) akan dijual secara rasmi di Malaysia bermula 1 Ogos

Nothing Phone (1) telahpun diumumkan secara rasmi pada 12 Julai yang lalu. Merupakan peranti kelas pertengahan yang dijana dengan cip Snapdragon 778G+, skrin AMOLED 120Hz dan kamera 50MP. Hadir dengan beberapa ciri menarik seperti panel belakang lut sinar dan juga sistem LED Glyph.


Nothing secara rasminya turut mengesahkan akan mula menawarkan peranti ini untuk pasaran Malaysia pada masa terdekat. Melaluinya Nothing menyenaraikan Phone (1) dalam dua pilihan warna Hitam dan Putih dengan 8GB+256GB untuk RM2,399 dan 12GB+256GB untuk RM2,699, sementara untuk varian 8GB+128GB Nothing tidak menyenaraikan harga jualannya.

Nothing Phone (1) akan dijual secara meluas bermula pada 21 Julai ini, namun untuk pasaran Malaysia ia akan mula dijual secara rasmi bermula 1 Ogos ini. 

Menjelang hari pelancaran rasmi Phone (1), Nothing melalui laman webnya telah mengemaskini pilihan varian yang kini hanya tersedia untuk satu spesifikasi sahaja iaitu 8GB+256GB dan membuang varian 12GB+256GB. Tidak dapat dipastikan mengapa Nothing membuang varian 12GB+256GB, buat masa ini tiada sebarang pengumuman dibuat oleh Nothing.


Pembelian boleh klik di sini. 

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN