Close

Nothing Phone (1) dilaporkan menghadapi masalah skrin yang serius

Peranti yang telah mencipta sensasi iaitu Nothing Phone (1) telah pun dilancarkan pada minggu lalu. Dan apa yang lebih sensasi adalah terdapat laporan mengatakan yang Phone (1) menghadapi beberapa masalah skrin.

Berdasarkan laporan yang diterima dari beberapa pengguna,  Antara masalah skrin yang dihadapi oleh Nothing Phone (1) adalah skrin menjadi kehijauan apabila dalam mod gelap dan juga terdapatnya dead pixel di bahagian kamera hadapan.

Selain itu, terdapat juga laporan mengenai peranti yang baru diterima dari jaminan menghadapi masalah yang sama biarpun ia digunakan kurang dari satu hari. Buat ketika ini kebanyakkan pengguna yang menghadapi masalah ini adalah di India.


Isu berkenaan skrin bertukar menjadi kehijaun dan terdapatnya dead pixel bukanlah pertama kali berlaku, lebih-lebih lagi apabila menggunakan skrin dari jenis AMOLED. Antara pengeluar yang pernah menghadapi masalah skrin yang serupa adalah Google Pixel, Apple, dan juga Samsung. 

Buat masa ini, pihak Nothing belum lagi memberikan sebarang maklumbalas mengenai masalah ini. 

(Sumber)    

ARTIKEL BERKAITAN