Close

Nothing Phone (1) hanya menyokong pengecasan pantas 33W


Nothing telah pun mengumumkan tarikh pelancaran bagi telefon pintar pertama mereka iatu pada 12 Julai ini dan ia akan di kenali sebagai Phone (1). Dengan hari pelancaran yang semakin hampir, satu demi satu spesifikasi mengenai Phone (1) tertiris.

Sumber: stufflistings

Terkini melalui laman web TÜV SÜD, telah mendedahkan pengecasan pantas yang akan di sokong oleh Nothing Phone (1). Melalui penyenaraian tersebut, Phone (1) hanya mampu mengecas sehingga 11V 3A iaitu bersamaan dengan 33W. 


Sumber: stufflistings

Walaubagaimanapun, apa yang menarik adalah Nothing Phone (1) telah disenaraikan dengan pengecasan pantas yang menyokong sehingga 45W menurut TÜV SÜD. Namun, tidak dapat dipastikan adakah Phone (1) akan di jual bersama pengecasan di dalam kotak atau pun ia akan di jual secara berasingan.

Nothing Phone (1) akan dilancarkan pada 12 Julai ini merupakan sebuah peranti kelas pertengahan. Menggunakan skrin AMOLED 6.55 inci, paparan 120Hz, Snapdragon 778+, pengimbas cap jari dalam skrin dan turut menyokong pengecasan tanpa wayar. Harga jualan ia di anggarkan sekitar RM2,117 (€470).

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN