Close

Nothing Phone (1) kini rasmi – Snapdragon 778G+, paparan 120Hz, LED Glyph dengan harga mencecah RM2,699

 

Telefon yang telah mencipta sensasi iaitu Nothing Phone (1) akhirnya diumumkan secara rasmi. Bekas pengasas bersama OnePlus iaitu Carl Pei hari ini melancarkan telefon pintar pertamanya di bawah syarikat Nothing yang berpangkalan di London. Phone (1) merupakan peranti kelas pertengahan, namun tampil dengan beberapa ciri menarik serta reka bentuk yang unik.


Untuk spesifikasi asas, Nothing Phone (1) dijana oleh Snapdragon 778G+ yang di gabungkan dengan RAM LPDDR5 sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 256GB UFS 3.1. Sementara dari bahagian hadapan, ia tampil dengan skrin bersaiz 6.55 inci OLED, paparan adaptif 60Hz –120Hz, HDR10+ dan menyokong 240Hz touch sampling rate.

Dari segi fotografi, Phone (1) hadir dengan tetapan dua kamera belakang dengan sensor utamanya 50MP Sony IMX76 dan 50MP ultra lebar Samsung JN1 sementara untuk swafoto ia tampil dengan 16MP Sony IMX471. Phone (1) tampil dengan bateri sebesar 4500mAh yang turut menyokong pengecasan pantas 33W, pengecasan tanpa wayar 15W dan 5W pengecasan berbalik. Namun begitu, Nothing tidak menyertakan kepala pengecasan di dalam kotak untuk telefon pintar pertamanya.

Antara ciri menarik yang di bawa oleh Nothing pada Phone (1) adalah seperti sistem LED Glyph, pembesar suara stereo, bingkai aluminium, Corning Gorilla Glass 5 depan dan belakang, penarafan IPX53 dan juga pengimbas cap jari dibawah skrin. Nothing Phone (1) menjalankan Android 12 dengan antaramuka Nothing OS. Nothing menjanjikan 3 tahun kemaskini Android utama dan 4 tahun kemaskini keselamatan.


Nothing Phone (1) ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Hitam dan Putih. Manakala dari segi varian ia ditawarkan dalam tiga pilihan yang sudahpun rasmi di Malaysia iaitu 8GB+128GB, 8GB+256GB untuk RM2399 dan 12GB+256GB untuk RM2699. Phone (1) akan mula dijual bermula 21 Julai di laman web Nothing. Untuk penawaran di Malaysia, buat masa ini tiada sebarang tarikh diumumkan namun Nothing mengesahkan yang peranti ini akan berada di Malaysia pada masa akan datang.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN