Close

OnePlus 10T 5G akan dilancarkan pada 3 Ogos ini – Akan hadir dengan pilihan warna seakan OnePlus One?

Dalam masa beberapa hari sahaj lagi, OnePlus akan melancarkan peranti kelas andalan mereka pada tahun ini iaitu OnePlus 10T 5G pada 3 Ogos (Rabu) ini yang dikatakan dijana dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1.

Setakat ini tiada maklumat terperinci tentang spesifikasi penuh peranti ini. Namun berdasarkan beberapa maklumat yang tertiris, OnePlus 10T 5G menggunakan rekaan yang hampir sama seperti OnePlus 10 Pro,  tiada lagi butang amaran ikonik, panel skrin jenis rata, kamera 50MP Sony IMX766 dan pilihan warna Moonstone Black seakan OnePlus One Sandstone.


ARTIKEL BERKAITAN