Close

OnePlus Ace Pro dijangka hadir dengan konfigurasi 16GB RAM

OnePlus telahpun menjadualkan acara rasmi bagi pelancaran OnePlus 10T iaitu pada 3 Ogos ini, dan pada hari yang sama OnePlus turut akan memperkenalkan OnePlus Ace Pro di China.

Sebelum ini, OnePlus telah mendedahkan yang OnePlus Ace Pro akan dijana cip Snapdragon 8+ Gen 1,  dan kini OnePlus turut mendedahkan yang ia akan hadir dengan konfigurasi RAM sehingga 16GB LPDDR5. Penawaran itu menjadikan OnePlus Ace Pro peranti pertama dalam barisan OnePlus yang hadir dengan konfigurasi RAM sebegitu.

Antara maklumat lain mengenai spesifikasi OnePlus Ace Pro ialah hadir dengan paparan 120Hz dan storan dalaman UFS 3.1. Buat masa ini tidak banyak maklumat lain yang telah didedahkan oleh OnePlus. 

Kami menjangkakan, OnePlus Ace Pro adalah OnePlus 10T untuk pasaran China dan menjalankan sistem operasi ColorOS tidak seperti OnePlus 10T yang menjalankan OxygenOS.

Akan lebih banyak maklumat yang akan didedahkan oleh OnePlus menjelang hari pelancarannya yang akan berlangsung beberapa hari lagi.

(Sumber) 

ARTIKEL BERKAITAN