Close

OnePlus menjadualkan acara pelancaran OnePlus 10T pada 3 Ogos ini

OnePlus hari ini mengesahkan acara pelancaran bagi OnePlus 10T iaitu pada 3 Ogos di New York City. Siri “T” akhirnya dibawakan semula oleh OnePlus selepas ianya tidak dilancarkan pada tahun lalu.

Menggunakan slogan ‘Evolve Beyond Speed’, OnePlus 10T dijangka akan menerima beberapa naik taraf antaranya dari segi spesifikasi yang akan dijana Snapdragon 8+ Gen 1 dan juga reka bentuk yang sedikit berbeza berbanding OnePlus 10 Pro. Selain itu, OnePlus 10T mungkin akan menjadi OnePlus pertama dengan pengecasan pantas 150W.

Melalui acara yang sama, OnePlus akan turut mengumumkan sistem operasi baharu yang berasaskan Android 13 iaitu OxygenOS 13. OxygenOS 13 dijangka akan membawakan beberapa peningkatan dari segi permainan, ketersambungan dan juga penyesuaian. 

OnePlus ketika ini belum lagi mendedahkan sebarang maklumat mengenai spesifikasi OnePlus 10T. Kami menjangkakan yang OnePlus akan mendedahkan lebih banyak maklumat mengenai OnePlus 10T menjelang hari pelancarannya kelak.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN