Close

OnePlus sahkan tiada butang ikonik “Alert Slider” pada OnePlus 10T

 


OnePlus telah mencipta sesuatu yang ikonik pada peranti mereka iaitu tampil dengan butang Alert Slider yang memudahkan pengguna untuk menukar mod dering hanya dengan satu slide sahaja.

Namun, kita tidak akan lagi melihat butang ikonik tersebut pada barisan OnePlus bermula dari OnePlus 10T. Ia pasti menjadi berita kurang gembira buat sesetengah pengguna OnePlus yang betul-betul menggunakan fungsi ini untuk kegunaan sehari-hari.

Menjawab kepada persoalan tersebut, ketua pereka OnePlus iaitu Hope Liu menyatakan yang langah tersebut diperlukan untuk komponen utama peranti yang lain, seperti bateri yang lebih besar, pengecasan pantas dan antena yang lebih baik.

Butang Alert Slider mengambil ruang kira-kira 30 mm² pada papan induk yang memberikan impak yang agak besar dan menjadikan peranti menjadi lebih tebal. Dengan membuang Alert Slider pada OnePlus 10T dan menyusun semula papan induk ia memberikan lebih banyak ruang bagi komponen utama.

OnePlus 10T akan dilancarkan pada 3 Ogos yang dijangka hadir dengan skrin bersaiz 6.7-inci, dijana Snapdragon 8+ Gen 1 dan juga reka bentuk yang sedikit berbeza berbanding OnePlus 10 Pro. Selain itu, OnePlus 10T mungkin akan menjadi OnePlus pertama dengan pengecasan pantas 150W.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN