Close

Pereka ikonik Apple iaitu Jony Ive kini tidak lagi bersama Apple

Bagi yang mengikuti Apple, semestinya mengenali Jony Ive yang merupakan pereka utama bagi produk Apple antaranya adalah iMac, iPod, iPhone, iPad dan Apple Watch. Jony Ive telah pun bersama Apple sejak September 1992.


Terkini, Apple memutuskan untuk tidak lagi menggunakan khidmat Jony Ive sebagai perunding. Jony Ive sebelum ini telah pun meninggalkan Apple pada 2019, namun masih bekerja dengan Apple melalui kontrak bernilai $100 juta.

Jony Ive yang kini mempunyai syarikat sendiri iaitu LoveFrom yang merupakan syarikat kreatif. Antara sebab Apple tidak melanjutkan kontrak adalah kerana Ive telah merekrut beberapa pereka Apple untuk menyertai syarikatnya dan mahu kebebasan dalam menerima pelanggan tanpa mahukan kebenaran dari Apple.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN