Close

Prototaip kereta EV pertama Xiaomi akan diperlihatkan pada Ogos ini

Pengasas Xiaomi, Lei Jun mendedahkan yang syarikat itu akan memperlihatkan prototaip kereta EV pertamanya pada Ogos ini. Lei Jun turut mendakwa yang beliau telah menghabiskan 2/3 masanya di pejabat Xiaomi EV bagi memastikan projek tersebut berjalan seperti yang dirancang.

Kereta EV pertama Xiaomi akan direka oleh HVST Automobile Design iaitu syarikat yang sama bertanggungjawab dalam mereka bentuk konsep kereta Maven dari WM Motor. Selepas pelancaran berlangsung, prototaip tersebut dijangka akan mula untuk melalui fasa ujian jalan raya.

Selepas mengumumkan yang mereka mula menyertai arena perlumbaan kereta EV pada awal tahun yang lalu, Xiaomi telah bersedia untuk melaburkan $10 bilion dalam tempoh 10 tahun untuk pembangunan automatifnya. Dan menjelang tahun 2024, syarikat tersebut menjangkakan akan dapat menghasilkan 300,000 kereta dalam masa setahun 

Xiaomi dijangka akan membawakan Kereta EV dalam dua segmen iaitu segmen A+ dan segmen B. Segmen A+ dengan harga jualan bermula RM98,856 hingga  RM131,808 ($22,200 hingga $29,600) yang turut menyokong pemanduan autonomi L2. Manakala bagi segmen B ia akan dijual dengan harga bermula RM131,808 dan RM197,713 ($29,600 dan $44,400) yang akan menyokong teknologi pemanduan autonomi L3.


(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN